HOW TO JOIN

Kami mengalu-alukan anda untuk menyertai program dropship kami yang menyediakan potongan harga pada kadar yang sangat lumayan sebanyak 10% melalui laman web rasmi kami.

Bagaimana cara menjadi Fesyen Rasa Sayang Dropship Team?

1. Sekiranya anda belum mendaftar sebagai pengguna di http://www.rasasayang.com.my, sila ke url berikut dan lengkapkan butiran anda di borang yang disediakan:

http://www.rasasayang.com.my/my-account/

2. Sekiranya anda telah sedia mendaftar sebagai pengguna/pelanggan, sila CLICK gambar dibawah untuk membuat pembayaran komitmen:

DROPSHIP FEE

3. Sila Email atau Whatsapp (+6017-225 2220) kepada kami untuk pengaktifan akaun anda sebagai Fesyen Rasa Sayang Dropship Team.

sayang@rasasayang.com.my

 

Bagaimana cara untuk melakukan order / pembelian di laman web?

Setelah anda mengambil order dan pembayaran daripada pelanggan (bergantung kepada cara anda sendiri), anda perlu meletakkan order melalui laman web kami.

1. Pihak kami akan menghantar pembelian tersebut terus ke alamat pelanggan anda yang biasanya mengambil masa dalam 2 hingga 5 hari.

2. Sila pastikan juga anda mesti membuat 1 pembelian bagi 1 alamat pelanggan anda. Contohnya, sekiranya anda mempunyai 2 pembelian daripada 2 orang pelanggan berlainan alamat, sila lakukan 2 pembelian berasingan.

 

Sila pastikan anda mengisi bahagian Shipping Information dengan alamat pelanggan agar memudahkan kami melakukan penghantaran.

NOTA

Sila pastikan anda meletakkan alamat pelanggan anda sebagai alamat penerima dan bukannya alamat anda sendiri. Alamat anda pula akan digunakan sebagai penghantar di ruangan borang servis penghantaran. Kesilapan dalam memberikan maklumat yang berpunca daripada anda sendiri tidak akan ditanggung oleh pihak kami.

 

Beberapa perkara lagi yang perlu anda beri perhatian:

Selain daripada di atas, terdapat beberapa perkara lagi yang harus diberi perhatian oleh anda:

1. Anda mestilah menjual produk dropship kami dengan harga dalam lingkungan 5 % yang disarankan. Kami amat mengambil berat tentang kestabilan ekosistem bagi agent-agent dropship kami.

2. Kesemua pembelian dihantar dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

3. Kami tidak akan mendedahkan harga sebenar yang diterima oleh anda kepada pelanggan anda di ruangan borang Pos Laju demi menjaga kepentingan anda bersama pelanggan anda.

4. Yuran Dropship yang anda bayar tidak dikembalikan sekiranya anda ingin STOP dari Fesyen Rasa Sayang Dropship Team kerana yuran yang anda bayar adalah Yuran Seumur Hidup. Jika anda ingin teruskan kembali dengan Program Fesyen Rasa Sayang Dropship Team, anda tidak perlu membayar apa-apa yuran.

5. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami melalui email di sayang@rasasayang.com.my atau Whatsapp (+6017-225 2220).

Apply Now!